gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

Tinjauan Persediaan Bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Dan Penduduk Di Daerah Tutong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke 75 Tahun

10/08/2022

Latihan penuh persediaan bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun telah diadakan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

Hadir semasa tinjauan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 bagi Tahun 2021.

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong akan diadakan pada 25 Julai depan di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

Turut hadir semasa tinjauan berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Tutong, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Pemangku Pegawai Daerah Tutong, pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Daerah Tutong serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun bagi Daerah Tutong.