gov.bn A Brunei Darussalam Government Website
A A A Melayu | English

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-80 BAGI TAHUN 2026

08/08/2026

Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 bagi Tahun 2026 telah diadakan pada hari Sabtu, 24 haribulan Safar 1448 bersamaan dengan 08 haribulan Ogos 2026 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada upacara berkenaan ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 Tahun.

Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Yang Mulia Awangku Haji Muhammad Syukri bin Pengiran Haji Sulaiman, Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Pintu Malim.

Upacara diikuti dengan seramai 80 orang dari Pasukan Pembawa Bendera Negara Brunei bergerak masuk diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Seterusnya bergerak masuk, Pasukan Pengibaran Bendera Besar Negara Brunei Darussalam dengan diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ yang dinyanyikan oleh Pasukan Koir Pusat Tingkatan Enam Sengkurong.

Upacara disempurnakan dengan penurunan dan penyerahan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang berukuran 3.7m x 7.5m kepada Tetamu Kehormat.

Antara yang hadir di upacara tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-80 bagi Tahun 2026 yang terdiri daripada TimbalanTimbalan Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, KetuaKetua Jabatan dan Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan. Hadirin yang lain termasuk PenghuluPenghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung di Daerah Brunei dan Muara, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta para jemputan.