Majlis Penandatanganan Kontrak Perjanjian bagi pajak sewa kenderaan Bomba dan peralatan berkaitan dengannya - Leasing and Maintenance Of Fire Rescue Vehicles, Fire Fighting Equipment and Supply Of Consumables di antara pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Brunei Engineering, Logistics dan Training Solutions Sdn Bhd (BELTS) telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri . Mewakili tandatangan bagi pihak KHEDN ialah Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap KHEDN dan juga Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat manakala menandatangani bagi pihak BELTS ialah Muhammad Akmal Hanis bin Haji Jefri, Chief Executive Officer syarikat berkenaan dan juga Ahmed Naruddin Haji Mohd. Sufian, Business Development Manager BELTS.
Turut menyaksikan penandatangan kontrak berkenaan adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd Rahman, Menteri di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Dengan penandatangani kontrak ini, ianya akan melibatkan pembekalan serta pajak sewa sebanyak 30 buah kenderaan bomba yang baru jenis Water Tender Ladder (WRL) dan peralatan yang berkaitan dengannya . Dengan adanya pembekalan kenderaan- kenderaan bomba baru berkenaan ianya diharap untuk memberkesankan kesiapsiagaan dan perkhidmatan Jabatan ini khususkan di dalam kerja - kerja menyelamat mangsa yang mengalami kemalangan, memadamkan kebakaran yang melibatkan struktur bangunan, kereta, dan juga semasa terjadinya bencana alam dan sebagainya yang melibatkan kecemasan.