Sign In
Web Creator

​​​​Tugas dan Tanggungjawab

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan​​​​


Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah sebuah Jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada orang ramai. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan selaras dengan visinya iaitu ke arah perkhidmatan yang dina mik dan kredibel, sentiasa cuba bersikap pro aktif selaras dengan peredaran waktu dan keadaan yang serba mencabar ini akan tetapi berpandukan Akta dan Peraturan - Peraturan yang sedia ada.

a) Untuk mengawal (Control) dan Mengatur (Regulate) orang-orang asing masuk/keluar ke/dari negara ini supaya tidak menjejaskan kepentingan negara, keselamatan, ekonomi, sosial, ugama, budaya serta mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan (Service Hub for Trade and Tourism).


b) Jabatan ini juga berperanan untuk menentukan Taraf Kependudukan serta melaksanakan pendaftaran-pendaftaran yang berkaitan dengan kelahiran dan kematian, Kerakyatan, Kad Pengenalan dan Anak-Anak Angkat.​

//