Sign In
Web Creator

Mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat​​​


Sejarah Ringkas
Perkhidmatan memadam kebakaran atau Perkhidmatan Bomba telah wujud di Brunei Darussalam dibawah Pentadbiran Pasukan Polis Brunei iaitu sebagai satu tugas tambaha disamping tugas utama Pasukan Polis untuk mengawal keamanan dan keselamatan. Menurut maklumat bertulis yang diketahui setakat ini iaitu melalui satu Memorandum Commissioner of Police, Brunei yang ditujukan kepada The State Secretary, Brunei, Ref:BP.1/28/3 bertarikh 1 Disember 1960 dengan tajuk FIRE SERVICES ada menyebutkan mengenai sejarah penubuhan awal Pasukan Bomba pada 1 Januari 1960 dengan rasminya ditubuhkan sebagai sebuah Jabatan yang berasingan daripada Pasukan Polis dengan memindahkan seramai 36 orang Anggota Polis yang dipilih termasuk seorang Pegawai Polis yang berpangkat Inspektor yang dilantik selaku Superintendent of Fire Brigade (Inspektor Mohammad)
Menjaga keamanan dan keseamatan adalah tugas utama Pasukan Polis, walaubagaimana pun pada masa dahulu tugas mereka juga merangkumi memadam kebakaran, Maka satu unit pemadam kebakaran telah dibentuk dibawah kawalan Pasukan Polis yang terdiri dari anggota-anggota Polis bagi tujuan memadam kebakaran.
Dengan kewujudan Unit Pemadam Api dibawah kawalan Pasukan Polis beberapa orang Anggota Polis telah diserapkan sebagai anggota tetap bagi melaksanakan tugas-tugas memadam kebakaran dan juga bersedia di lapangan terbang jika ada ketibaan kapal terbang ketika itu.
Setelah Jabatan Pasukan Bomba diwujudkan dan berpisah daripada Pasukan Polis untuk menjadi satu Jabatan, tugas utama atau core duty Pasukan ini masih dikekalkan bagi tujuan memadam kebakaran, menyelamat nyawa dan harta benda iaitu seperti yang termaktub dalam Akta Bomba 1966 sehinggalah dibuat pindaan Akta Perkhidmatan Bomba Pindaan 2002, skop bidang tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba telah diperluaskan kepada menyelamat dan menangani apa-apa jua kecemasan.
Dalam mengemaskan lagi pentadbiran Pasokan Bomba yang baru dibentuk itu, pada pertengahan tahun 1963 seorang pegawai pinjaman dari Perkhidmatan Bomba Hong Kong Mr. Lam Soo Man telah dilantik untuk mengetuai Pasukan Bomba Negeri Brunei dengan Jawatan Pengawal Bomba Negeri Brunei sehingga 1969.

Melaluli kepimpinan pegawai pinjaman dari Hong Kong ini yang telah berkhidmat dalam tempoh 6 tahun (sehingga tahun 1969), perkembangan Perkhidmatan Bombatelah bermula dengan memperkenalkan Undang-Undang Pasokan Bomba (Fire Services Enactment) yang telah diluluskan pada 4 ogos 1966. Melalui undang-undangini diperjelaskan bidang tugas Pasokan Bomba dibawah Bab 7.

Diawal penubuhannya Pasokan Bomba telah ditadbir silih berganti oleh Pegawai Pasokan Bomba yang terdiri daripada pegwai-pegawai pinjaman (expatriate) yang didatangkan daripada Hong Kong dan United Kingdom sehinggalah penhujung tahun 1980. Mula pada tahun1981 anak tempatan telah diberi kepercayaan untuk memimpin Pasokan Bomba dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir Jabatan sehingga sekarang. Anak tempatan yang pertama menjawat jawatan Pengawal Pasokan Bombaialah Dato Paduka Awang Haji Yaakob bin haji Mohd Yussof.

Pada 9 November 1987 nama Pasokan Bomba ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Bombadan seterusnya 9 Mac 2006 nama Jabatan Perkhidmatan Bomba ditukar kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat selaras dengan pembangunan negara dan kemajuan ekonomi yang banyak menjurus kepada tugas menyelamat yang mana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Seta Awang Haji Mohd Yussof

​​



//