Bilangan Iklan:KHEDN/UTM/Q1001/2023The Supply And Delivery Of Scanner.
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 15/02/2023 | Maklumat Perhubungan:Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Dasar dan Perancangan, KHEDN |
Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut: - Yuran Tawaran: BND$10.00 (Tidak dikembalikan).
- Tawaran sebutharga hanyalah dipelawa kepada syarikat-syarikat ICT yang mempunyai kepakaran di dalam perlaksanaan projek-projek ICT.
- Bagi syarikat yang berhajat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Negara Brunei Darussalam, atau sijil pendaftaran perniagaan.
- Tawaran-tawaran mestilah menggunakan borang-borang tawaran yang bercetak oleh kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga boleh menghubungi Unit Teknologi Maklumat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui e-mel di moha.it@egc.gov.bn
- Borang-borang tawaran projek hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran sebutharga, nama tawaran sebutharga dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat.
- Semua tawaran sebutharga hendaklah dialamatkan dan dimasukkan kedalam:
Peti Kotak Sebutharga Aras Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Jalan James Pearce Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam
Tidak lewat dari jam 2.00 petang pada hari Rabu, 15 Februari 2023. - Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima .
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.
| Attachments |
|
|