Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/01/BPD/LTK

​​Membekal Dan Menghantar Butang Kecil dan Gorget​​​ / Epaulette Bagi Pakaian Seragam Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang.​​​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 6/06/2023

Maklumat Perhubungan:

Bahagian Perancangan Daerah, Tingkat 2, KHEDN

YURAN:BND$5.00 (tidak dikembalikan)

​Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;

  1. Dibukakan kepada Syarikat-Syarikat atau Vendor yang mempunyai Sijil Perniagaan yang sah. 

  2. Borang tawaranyang telah diisikan dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditutup rapi(sealed) serta ditandakan rujukan, tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini dengan jelas di sebelah kanan atas sampul surat tanpa menunjukkan identiti atau logo syarikat. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran dan di alamat seperti berikut:

    Pengerusi,
    Lembaga Tawaran Kecil,
    Bahagian Kewangan,
    Aras Bawah,
    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610

  3. ​​Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani.

  4. Tarikh tutup tawaran ialah pada Hari Selasa, 06hb Jun 2o23, jam 2.00 petang. Mana-mana tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh peti sebutharga ditutup.​

  5. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah diperolehi di Bahagian Perancangan Daerah, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri semasa hari-hari berkerja (Isnin - Khamis dan Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang dan pembayaran tawaran sebanyak $5.00 hendaklah di bayar di Unit Hiburan Awam, Bahagian Dasar, Korporat dan Perancangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
  6. Penender adalah bertanggungjawab bag memastikan Sijil Pendaftaran masih sah laku sebelum membuat pembelian dokumen tawaran​.

  7. Penender hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran yang menyertakan butir-butir perniagaan, bilangan pendaftaran dan negeri asal kad pengenalan atau passport semua pemilik syarikat serta Salinan Resit Pembayaran. Kegagalan dalam menyediakannya bole menyebabkan tawaran yang dihadapkan tidak sah dan tidak dinilai.

  8. ​Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 1.0
Created at 23/05/2023 5:09 PTG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Last modified at 23/05/2023 5:09 PTG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Iklan