Page 131 - Demo
P. 131


                                    D
I
R
G
A
H 
A
Y
U
__
129
Titah Sempena
Majlis Konvokesyen Ke-9 KUPU SB 
Bagi Tahun 1441H / 2019M
16 SAFAR 1441  |  15 OKTOBER 2019
Titah Sempena
Lawatan Tidak Berjadual Ke Universiti 
Brunei Darussalam (UBD)
24 JAMADILAKHIR 1441  |  18 FEBRUARI 2020
Titah Sempena
Lawatan Tidak Berjadual Ke Kementerian 
Pendidikan (MOE)
28 JAMADILAWAL 1442  |  12 JANUARI 2021
“Di sinilah indahnya ‘Sejarah Islam’ itu yang 
bersangkutpaut dengan Konsep MIB dan 
Negara Zikir. 
Maka demi kewajipan terhadap ugama dan 
negara, Beta ingin mengingatkan, supaya 
kita ini mesti berfikir dan bertindak secara 
orang  Brunei  tulen,  bukan  berfikir  dan 
bertindak secara di luar Brunei.“ 
“Kualiti yang kita mahukan bukanlah nama 
besar tetapi isi dalam manusiawi iaitu 
beriman, taat,  berilmu,  amanah  dan  adil. 
Inilah budaya kita kerana itu, kita akan terus 
mengelak dari terikut-ikut atau menyalin 
budaya orang lain.  Walaupun budaya itu 
datangnya dari pemilik nama yang besar. 
Nama yang besar sahaja tidak mencukupi 
jika dalaman tidak bagus. Beta mahu UBD 
menjadi tunjang untuk memelihara identiti, 
identiti kita adalah MIB.
MIB juga mesra kepada dunia di mana 
kita menghormati siapa sahaja yang 
menghormati kita.”
“… sejauh manakah juga didapati sistem 
ini mampu untuk menerapkan sivik dan 
etika MIB di kalangan penuntut-penuntut 
Sekolah Rendah dan Menengah.  Adakah 
mata-mata pelajaran MIB masa ini sudah 
mencukupi  untuk  memberikan  kesedaran 
sivik? Tidak diragukan lagi perkara ini juga 
memerlukan kajian.”

                                
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135