Page 135 - Demo
P. 135


                                    D
I
R
G
A
H 
A
Y
U
__
133
Titah Sempena
Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali 
Ke-14
2 ZULHIJJAH 1440  |  3 OGOS 2019
Titah Sempena
Majlis Pengurniaan Hadiah Musabaqah 
Tilawah Al-Qur’an Belia Asia Tenggara 
Ke-9
9 RABIULAKHIR 1441  |  5 DISEMBER 2019
Titah Sempena
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi 
Rancangan Kemajuan Negara Kali 
Pertama Bagi Tahun 2020
3 SAFAR 1442  |  21 SEPTEMBER 2020
“Kita tidak mahu untuk hanya jadi 
penonton, tetapi yang kita mahu ialah untuk 
bersaing sehingga ke arena global. Namun 
persaingan, bukanlah dengan tangan 
kosong, tetapi dengan ilmu, pengalaman 
dan kemahiran.  Tanpa ilmu, pengalaman 
dan kemahiran, tidak akan ada apa-apa 
yang boleh dihasilkan. Beta percaya, para 
belia kita adalah mampu untuk memenuhi 
ciri-ciri  berilmu,  berpengalaman  dan 
berkemahiran.”
“Belia harapan bukanlah kerana namanya 
‘belia’, tetapi harapan di sini ialah tonggak 
untuk membawa perubahan-perubahan 
besar
kepada
masyarakat,
termasuk
merubah gaya dan budaya yang tidak baik 
kepada yang baik atau lebih baik.“
“Sebagai bangsa merdeka dan progresif, 
kita
tidaklah
perlu
terlalu
banyak
bergantung kepada tenaga kerja asing. 
Cara ini bukan suatu solusi dalam mencapai 
Sustainable  Development  Goal
, malah 
anak-anak tempatan perlu untuk diberikan 
pendedahan kepada semua 
environment
 
termasuk pembinaan dan sebagainya.“
Titah Sempena
Lawatan Tidak Berjadual Ke Kementerian 
Kebudayaan, Belia dan Sukan
14 RABIULAKHIR 1442  |  30 NOVEMBER 2020
Titah Sempena
Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program 
Khidmat Bakti Negara Pengambilan Ke-10
26 REJAB 1442  |  10 MAC 2021
“Isu belia tidak boleh diabaikan.  Projek 
Pembentukan  Jati Diri Belia perlulah jelas 
apa ia yang sebenarnya, sudut apakah yang 
diutamakan dan berupa apa.”
“Dengan PKBN bertambah matang, maka 
harapan negara juga semakin besar untuk 
melihat generasi belia kita berupaya untuk 
menjadi pemimpin masyarakat serta sekaligus 
menjadi perintis kepada kemajuan negara.
Dalam pada itu, sebagai prasyarat untuk 
menjadi belia pemimpin yang baik lagi hebat, 
maka para belia, tidak boleh tidak, mesti 
memiliki keperibadian dan ‘jati diri’ yang 
teguh.”

                                
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139