Page 143 - Demo
P. 143
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
141
Titah Sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan
Baginda Yang Ke-73 Tahun
12 ZULKAEDAH 1440 | 15 JULAI 2019
Titah Perutusan Khas
Berkenaan Jangkitan Wabak
COVID-19
20 SYA’BAN 1441 | 13 APRIL 2020
Titah Sempena
Majlis Ilmu 2020 Sempena
Sambutan Ulang Tahun Hari
Keputeraan Baginda Yang
Ke-74 Tahun
29 JAMADILAWAL 1441 | 15 DISEMBER 2020
Titah Sempena
Sambutan Awal Tahun Masihi
2021
17 JAMADILAWAL 1442 | 1 JANUARI 2021
“Kehidupan berkualiti adalah
merupakan hak bagi rakyat
untuk
menikmatinya.
Baru-
baru ini, Brunei telah menyertai
penilaian
atau
review
di
peringkat Pertubuhan Bangsa-
Bangsa
Bersatu
mengenai
dengan usaha negara dalam
melindungi hak asasi manusia.
Dalam perkara ini, kebanyakan
Negara Ahli telah memberikan
ulasan dan cadangan yang
positif terhadap usaha-usaha
yang telah dilaksanakan oleh
negara kita.
Ini tidak syak lagi, adalah satu
pengiktirafan besar, di mana
masyarakat
antarabangsa
menyambut baik usaha-usaha
yang telah kita laksanakan,
antaranya dalam membasmi
kemiskinan
dan
penyakit,
memberikan
pendidikan
yang berkualiti, menyediakan
bekalan air bersih dan selamat
untuk diminum, menyediakan
tempat tinggal yang selesa,
serta
mengukuhkan
sistem
perundangan yang adil di
mana perlindungan hak bagi
institusi
keluarga,
wanita,
kanak-kanak, belia, warga emas
dan orang kelainan upaya
sangat dititikberatkan.”
“Untuk keperluan, kita telahpun
membina
Makmal
Virologi
Kebangsaan.
Makmal
ini
banyak membantu, khasnya
bagi Kementerian Kesihatan
mempertingkatkan
lagi
keupayaan penganalisaan dan
mampu untuk mengeluarkan
cepat keputusan ujian.
Sebagai
sebuah
komuniti,
orang-orang
Brunei
telah
menunjukkan sikap pemedulian
yang
terpuji
dengan
menghulurkan
sumbangan-
sumbangan berupa apa saja
untuk membantu Kementerian
Kesihatan menangani wabak
COVID-19. Dalam hubungan
ini, bagi kemudahan orang
ramai menyalurkan sumbangan-
sumbangan
mereka,
maka
Beta telah memperkenankan
bagi diwujudkan satu dana,
yang diberi nama COVID-19
Relief
Fund
.
Sumbangan-
sumbangan akan digunakan
untuk
keperluan
perubatan
menangani wabak COVID-19.”
“Sesuai dengan tema Majlis
Ilmu pada tahun ini iaitu
“Mensyukuri Ni’mat Kesihatan
Sebagai
Anugerah
Allah”,
kita tidaklah wajar untuk lupa
bersyukur di atas limpah kurnia
Allah
menyelamatkan
kita
dan negara dari wabak yang
sedang menular itu.
Tema ini cukup relevan untuk
dibincangkan
oleh
para
ilmuan yang terdiri daripada
para ulama, pakar perubatan
dan kesihatan, serta juga ahli
akademik. la tidak syak lagi
adalah perkara penting, kerana
kesihatan merupakan anugerah
Allah yang amat berharga.
Sejajar
dengan
tuntutan
ugama, maka inilah masanya
untuk semua pihak komited
dengan
perkara
kesihatan.
Kerana itu juga dianggap
satu cara untuk mengelakkan
jangkitan wabak.”
“Alhamdulillah,
dengan
izinNya jua, negara kita telah
dapat membendung wabak
berkenaan dari terus merebak,
hasil
dari
usaha-usaha
bersepadu oleh pihak-pihak
berkenaan serta penglibatan
dan kerjasama seluruh rakyat
dan penduduk menanganinya
dengan ‘vaksin ketuhanan’ juga
digunakan secara konsisten.”

