Page 144 - Demo
P. 144
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
142
Titah Sempena
Majlis Bersama Rakyat Dan
Penduduk Serta Penuntut
Negara Brunei Darussalam
Yang Berada Di Kaherah,
Republik Arab Mesir
4 ZULHIJJAH 1440 | 5 OGOS 2019
Titah Sempena
Majlis Haflut Takharruj Ke-9
UNISSA
28 ZULHIJJAH 1440 | 29 OGOS 2019
Titah Sempena
Majlis Sambutan Hari Guru
Ke-29
Negara Brunei Darussalam
23 MUHARRAM 1441 | 23 SEPTEMBER 2019
Titah Sempena
Majlis
Konvokesyen
Ke-9
KUPU SB Bagi Tahun 1441H /
2019M
16 SAFAR 1441 | 15 OKTOBER 2019
“Sedikit pesanan Beta kepada
penuntut,
supaya
terus
belajar dan jangan hampakan
harapan negara dan ibu bapa.
Selain
menyempurnakan
pengajian, rebut juga peluang
untuk memiliki kemahiran. Cari
dan usahakan ia sebagai nilai
tambah. Kerana era sekarang,
selain
mengutamakan
ilmu,
juga
mementingkan
kemahiran.”
“Kerana itu Beta berpendirian,
pengajian dan pendidikan
Islam mesti terus diperkasa,
kerana ia adalah teras segala
kepentingan, yang mampu
untuk menghadirkan segala
kebaikan untuk bangsa dan
negara.“
“Beta menyeru kepada para
guru, supaya tidak jemu-jemu
menambahkan ilmu, kerana
apabila ilmu bertambah di
kalangan para guru, nescaya
ia akan tumpah pula kepada
anakdidik-anakdidik mereka.“
“Pendidikan tidak syak lagi
adalah pelaburan sepanjang
hayat. Ia tidak mengenal
limit
atau batasan. Ia tidak
takluk di bawah angka. Angka
tidak boleh digunakan untuk
menyekat
pelaburan
ilmu.
Kerana itu adalah salah jika
pendidikan disekat kerana
takut tiada pekerjaan atau takut
pengangguran bertambah.“
Titah Sempena
Majlis Bersama Rakyat Dan Penduduk Negara Brunei Darussalam
Yang Berada Di United Kingdom Dan Ireland
29 RABIULAKHIR 1441 | 22 DISEMBER 2019
Titah Sempena
Lawatan Tidak Berjadual Ke Kementerian Hal Ehwal Ugama
28 MUHARRAM 1442 | 16 SEPTEMBER 2020
“Oleh itu, para pelajar jangan lalai dari memanfaatkan peluang
ini. Ambillah langkah meningkatkan pengetahuan secara formal
di institusi-institusi pendidikan, sambil proaktif mengembangkan
kompetensi-kompetensi membentuk jati diri, melalui pendidikan
tidak formal seperti penceburan ke dalam aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum dan program-program pembangunan kapasiti.“
“Yang nampak di atas kertas rancangan ini memang bagus, tetapi kita
mahu biar hasil juga bagus atau lebih bagus dan untuk mendapat
hasil yang bagus atau lebih bagus itulah memerlukan pemeriksaan
yang menyeluruh, termasuk pemeriksaan guru-guru, cara mengajar
yang menepati kaedah-kaedah pembelajaran, latihan-latihan dan
seumpamanya.
Kalau cara biasa didapati sudah tidak relevan, mengapa kita tidak
cari atau cipta cara yang baru yang relevan. Inilah persoalan dalam
pendidikan yang patut difikirkan.”

