Page 140 - Demo
P. 140


                                    D
I
R
G
A
H 
A
Y
U
__
138
Titah Sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda 
Yang Ke-73 Tahun
12 ZULKAEDAH 1440  |  15 JULAI 2019
Titah Sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda 
Yang Ke-74 Tahun
22 ZULKAEDAH 1441  |  14 JULAI 2020
Titah Sempena
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi 
Rancangan Kemajuan Negara Kali 
Pertama Bagi Tahun 2020
3 SAFAR 1442  |  21 SEPTEMBER 2020
“Di samping langkah-langkah khusus 
memperbaiki
ekonomi,
usaha-usaha
pembaikan dan penjagaan kebajikan 
rakyat  juga  sedang  rancak  dilaksanakan, 
seperti, Kerajaan  akan memperkenalkan 
satu sistem pusat pangkalan data yang 
lengkap. Pusat ini akan mengumpulkan 
semua agensi yang terlibat menyalurkan 
bantuan kebajikan. Melalui sistem ini, 
penyaluran bantuan akan lebih menepati 
sasaran untuk mereka yang benar-benar 
memerlukan. 
Usaha juga dibuat untuk mengurangkan 
pergantungan  kepada  bantuan, melalui 
program  memperkasa  penerima bantuan 
supaya mampu berdikari dan seterusnya 
keluar daripada kitaran golongan yang 
memerlukan bantuan.”
“Bersukut dengan hari Keputeraan Beta 
ini, Sistem Kebajikan Negara (SKN) akan 
mula dapat digunakan oleh mereka yang 
berhajat untuk mendapatkan bantuan 
kebajikan, sama ada melalui Kementerian 
Kebudayaan, Belia  dan  Sukan  atau dari 
Majlis Ugama Islam Brunei. Dengan 
terlaksananya
sistem
ini,
maklumat
tentang rakyat dan penduduk yang benar-
benar memerlukan bantuan akan dapat 
disimpan, sehingga tidak ada lagi mereka 
yang tercicir, serta sekali gus mengelakkan 
dari ketirisan bantuan yang dihulurkan. 
Sistem ini juga akan dijadikan asas untuk 
membuat  perancangan,  berupa  latihan, 
bagi kebaikan mereka.“
“Sehubungan itu, Beta melihat apa jua 
perancangan di bawah projek Rancangan 
Kemajuan Negara yang akan datang 
khasnya Rancangan Kemajuan Negara Ke-
12 tidak hanya akan memberikan tumpuan 
kepada penyediaan atau pembinaan 
infrastruktur sahaja, bahkan turut lebih 
perlu ialah menjurus kepada projek-projek 
yang boleh menyumbang kepada efisiensi 
dan produktiviti.”

                                
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144