Page 208 - Demo
P. 208
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
206
Keperluan kerjasama yang berterusan dalam usaha-usaha mengatasi
dan menyekat penyebaran wabak COVID-19 di setiap negara,
penanganan kesan sosioekonomi akibat COVID-19 sebagai langkah
mempertahankan keselamatan dan sumber pendapatan rakyat, serta
perkembangan peluang perdagangan dan pelaburan serantau sebagai
langkah meningkatkan kedayatahanan sejagat juga turut digariskan
oleh Baginda semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN Plus Three
melalui persidangan video bersama negara-negara Rakan Dialog,
iaitu Republik Rakyat China, Jepun dan Republik Korea.
Selain itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga sangat menitikberatkan
hubungan dan kerjasama ekonomi dalam sektor perdagangan,
pelaburan, perusahaan, pertanian dan perikanan di rantau ASEAN
dan antarabangsa. Kepentingan hubungan ini adalah bagi membantu
memperluaskan dan meningkatkan serta mempelbagaikan sumber
ekonomi Negara Brunei Darussalam demi mencapai matlamat ke arah
ekonomi yang lebih dinamik dan berdaya tahan selaras dengan visi
dan misi Wawasan Brunei 2035.
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BERKENAN MENYERTAI PARA PEMIMPIN ASEAN DAN RAKAN-RAKAN DIALOG ASEAN PLUS THREE
BAGI SIDANG KEMUNCAK KHAS ASEAN MENGENAI COVID-19 MELALUI PERSIDANGAN VIDEO PADA 14 APRIL 2020M

