Page 178 - Demo
P. 178
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
176
Baginda sentiasa menitikberatkan kemajuan pendidikan rakyat dan penduduk
di negara ini. Biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam dan luar negara
diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang sebagai komitmen bagi meningkatkan
kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai bidang. Keutamaan bidang
pendidikan ini dapat dilihat apabila Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
telah menyediakan peruntukan sebanyak BND759 juta bagi Tahun Kewangan
2021/2022. Kecemerlangan perkembangan pendidikan di negara ini juga semakin
meningkat menerusi pencapaian keputusan peperiksaan awam. Malah, Universiti
Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei juga antara universiti tempatan
yang mampu menempatkan diri dalam kedudukan universiti terbaik dunia.
MAJLIS KONVOKESYEN KE-32 UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM (UBD)
PADA HARI ISNIN, 16 RABIULAWAL 1442H BERSAMAAN 2 NOVEMBER 2020M

