Page 181 - Demo
P. 181


                                    D
I
R
G
A
H 
A
Y
U
__
179
Dalam
bidang
pertanian,
Baginda
telah
memperkenankan usaha tanaman padi berskala besar 
sebagai sumber pembangunan ekonomi selain dari 
sumber minyak dan gas. Baginda dan paduka-paduka 
anakanda telah berkenan menyempurnakan Perasmian 
Penanaman Padi di Kawasan Kemajuan Pertanian Kandol 
di kawasan Kandol, Daerah Belait pada 28 Oktober 
2019. Projek Kawasan  Kemajuan Pertanian  Kandol 
seluas 500 hektar ini dikendalikan secara komersial oleh 
PaddyCo Sendirian Berhad, sebuah anak syarikat di 
bawah Darussalam  Assets Sendirian Berhad. Kawasan 
ini dianggarkan akan menyumbang sebanyak 6,000 
hingga 8,000 tan metrik padi bermula tahun 2025, iaitu 
tambahan  kepada  11  hingga  15  peratus  keperluan 
beras negara.
Strategi-strategi baharu menerusi Rancangan Kemajuan 
Negara Ke-11 (2018-2023) yang diperuntukkan 
sebanyak BND3.5 bilion dengan tema ‘Peningkatan 
Keluaran Sektor Bukan Minyak dan Gas, Pemangkin 
Pertumbuhan
Ekonomi’,
memfokuskan
kepada
meningkatkan keupayaan sektor bukan minyak dan gas. 
Salah satu projek mega yang sedang dilaksanakan dalam 
usaha ini  ialah penubuhan  kilang  ammonia  dan urea 
yang dikendalikan oleh Brunei Fertilizer Industries Sdn. 
Bhd. (BFI). Kilang BFI yang ditubuhkan pada tahun 2018 
ini terletak di Taman Perindustrian Sungai Liang (SPARK) 
yang berkeluasan 55 hektar. Kilang BFI ini akan menjadi 
salah  sebuah kilang  baja  terbesar di  Asia  Tenggara 
yang berperanan bukan sahaja untuk mempelbagaikan 
ekonomi negara malah, sebagai usaha untuk membuka 
peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
In  the  field  of  agriculture,  His  Majesty  had  consented 
to large-scale paddy farming as a source of economic 
development beyond oil and gas. His Majesty and 
his  children  consented  to  attend  and  officiate  the 
Paddy Plantation Ceremony at the Kandol Agricultural 
Development  Area in Kandol in the Belait District on 
28th 
October 
2019. 
The 
Kandol 
Agricultural 
Development  Area Project of 500 hectares is 
commercially operated by PaddyCo Sendirian Berhad, a 
subsidiary under Darussalam Assets Sendirian Berhad. 
The area is estimated to be able to contribute 6,000 to 
8,000 metric tonnes  of paddy  from 2025, which is an 
increase of 11 to 15 per cent of the country’s rice needs.
New strategies via the 11th National Development 
Plan (2018-2023) which has been allocated BND3.5 
billion and carries the theme ‘Increased Non-Oil and 
Gas Sector Output as Catalysts for Economic Growth’, 
focus on increasing the capacity of the non-oil and gas 
sector.  A major project that is being implemented in 
this effort is the establishment of an ammonia and urea 
factory operated by Brunei Fertilizer Industries Sdn. Bhd. 
(BFI).  The  BFI  Factory  that  was  established  in  2018  is 
located at the Sungai Liang Industrial Park (SPARK) on a 
55-hectare site. The BFI factory will be one of the largest 
fertilizer factories in Southeast Asia with the aims of not 
only diversifying the economy, but also creating job 
opportunities for locals.

                                
   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185