Page 182 - Demo
P. 182
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
180
Menerapkan pendidikan kepada para belia di negara ini bagi melahirkan generasi belia yang cemerlang, berkemahiran dan berkebolehan juga
tidak lepas daripada perhatian Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Sokongan dan dukungan padu Baginda kepada belia-belia sebagai penyumbang
utama dalam pembangunan dan kemajuan negara turut dipancarkan melalui keberangkatan Baginda dalam Majlis Sambutan Hari Belia
Kebangsaan Ke-14 yang diadakan pada 3 Ogos 2019 di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Kepentingan belia dalam
sebuah negara ditekankan oleh Baginda semasa bertitah dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bagi
Pengambilan Ke-10 di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN, Batu Apoi pada 10 Mac 2021. Dalam titah tersebut, Baginda menekankan bahawa
belia yang gigih dan berani tampil untuk berbakti, serta benar-benar membawa imej yang baik dan tidak mahu duduk diam tanpa berkhidmat,
merupakan antara ciri signifikan negara merdeka yang mampu melahirkan generasi pelapis yang boleh diharapkan.
UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) KE-10 PADA HARI RABU, 26 REJAB 1442H BERSAMAAN 10 MAC 2021M

