Page 110 - Demo
P. 110
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
108
Segala puji-pujian dan syukur hanyalah ke hadrat
Allah Subhanahu wa Ta’ala, Tuhan pemilik serta
seru semesta alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi kita Sayyidina Muhammad
Sallallahu ‘Alaihi Wassallam, kaum kerabat, para
sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang
taat setia dan jujur hingga ke akhir zaman.
Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi-
tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu
wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnia rahmat
dan izin-Nya jua, negara kita berpeluang bersama-
sama meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun
Hari Keputeraan Paduka Ayahanda Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam Yang Ke-75 tahun.
Dengan tulus ikhlas, Saya dengan amat sukacita
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
seluruh Ahli Jawatankuasa yang terdiri dari Pegawai-
Pegawai Kerajaan, Wakil-Wakil Sektor Swasta,
Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan, penuntut-
penuntut serta sekalian lapisan rakyat dan penduduk
negara ini di atas khidmat bakti, sumbangan ikhlas,
dan penglibatan yang berterusan dalam menjayakan
dan memeriahkan berbagai bentuk acara sambutan
di peringkat negara dan daerah.
Sabda
Alu-Aluan
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah
Menteri Kanan Di Jabatan Perdana Menteri

