Page 112 - Demo
P. 112
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
110
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, seluruh rakyat
dan penduduk negara ini akan dapat meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar
‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-75 Tahun pada
tahun ini.
Dalam situasi penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia masih di tahap kritikal, Alhamdulillah, dengan rahmat
dan petunjuk Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dengan berkat kepimpinan, kewibawaan dan kebijaksanaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara kita telah
berjaya membendung penularan wabak COVID-19, iaitu hasil dari Pendekatan Senegara (
Whole of Nation Approach
)
yang Baginda terapkan, berkat usaha-usaha bersepadu agensi-agensi Kerajaan dan semua pihak yang terlibat serta
berkat doa-doa kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi memohon perlindunganNya hingga dengannya, rakyat dan
penduduk di negara ini telah dapat menikmati keamananan, kesejahteraan, keselamatan, keharmonian dan kemakmuran
yang berterusan.
Sekapur
Sirih
Pengerusi
Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam Ke-75 Bagi Tahun 2021

