Page 113 - Demo
P. 113


                                    D
I
R
G
A
H 
A
Y
U
__
111
Sambutan Perayaan Ulang  Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli  Yang Maha 
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan  Yang Di-Pertuan Negara Brunei 
Darussalam pada tahun ini adalah sangat bermakna dan istimewa kerana ianya 
adalah sambutan yang Ke-75 Tahun. Kita selaku rakyat dan penduduk di negara 
ini sewajarnya menjadikan sambutan perayaan yang sering dinanti-nantikan 
ini sebagai satu kenangan yang indah, bersejarah dan diraikan dengan penuh 
keceriaan  sebagai tanda  kesyukuran kita  terhadap  kepimpinan  dan sikap 
pemedulian Raja yang adil lagi bijaksana. Walau bagaimanapun, kita perlulah 
mengambil  langkah-langkah berjaga-jaga  dan berwaspada  dalam  mengatur 
acara-acara sambutan perayaan pada tahun ini memandangkan negara kita dan 
dunia masih berhadapan dengan penularan wabak COVID-19. 
Penyesuaian acara-acara sambutan pada tahun ini dengan pematuhan terhadap 
SOP dan garispandu bagi mengawal penularan wabak COVID-19 yang 
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan adalah semata-mata bertujuan untuk 
menjaga  keselamatan, kesihatan  dan  kesejahteraan  rakyat  dan  penduduk  di 
negara ini. Ianya tidak akan mengurangkan objektif sambutan terutamanya dalam 
memupuk semangat patriotisme, persefahaman dan perpaduan di kalangan 
rakyat  dan  penduduk  di  negara  ini  dan  menyembahkan  taat  setia  yang  tidak 
berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda 
Sultan dan  Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta mensyukuri dan 
menjunjung tinggi kepimpinan Raja yang dikasihi.
Selaku Pengerusi dan mewakili semua Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sempena 
Sambutan Perayaan Ulang  Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli  Yang Maha 
Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah 
ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan 
dan  Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75  Tahun, saya dengan 
penuh hormat dan takzim dan diiringi rasa kesyukuran sukacita menyembahkan 
setinggi-tinggi tahniah Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka 
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena 
Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-75 Tahun.
Akhirnya, saya  dengan tulus ikhlas  sukacita merakamkan setinggi-tinggi 
penghargaan  dan ucapan terima kasih kepada  Ahli-Ahli  Jawatankuasa 
Kebangsaan  Sempena  Sambutan  Perayaan  Ulang  Tahun  Hari  Keputeraan 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan 
Negara Brunei Darussalam Ke-75 Tahun, Ahli-Ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa 
Tadbir  Tertinggi  di Peringkat  Daerah-Daerah,  Ahli-Ahli  Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kerja, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Sektor Swasta, Pertubuhan-
Pertubuhan Bukan Kerajaan, belia-belia dan penuntut-penuntut sekolah serta 
semua pihak yang terlibat di atas apa jua sumbangan, khidmat bakti, komitmen, 
penyertaan,  sokongan  dan  bantuan  yang  dicurahkan  dalam  sama-sama 
menjayakan dan menyemarakkan acara-acara Sambutan Perayaan pada tahun 
ini. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mengurniakan rahmat dan ganjaran 
yang sebaik-baiknya kepada semua mereka yang berkenaan.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia
Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
Selaku Pengerusi
Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan 
Negara Brunei Darussalam Ke-75 Bagi Tahun 2021

                                
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117