Page 111 - Demo
P. 111
D
I
R
G
A
H
A
Y
U
__
109
Majlis Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari
Keputeraan Paduka Ayahanda adalah peluang
keemasan yang sentiasa dinanti-nantikan segenap
lapisan masyarakat bagi merafakkan kesyukuran ke
hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan
limpah kurnia-Nya menganugerahkan Raja berjiwa
rakyat dan merupakan payung negara. Malah,
Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan
Paduka Ayahanda ini turut mencerminkan semangat
perpaduan jitu yang sentiasa terjalin serta dipelihara
di antara tampuk kepimpinan dengan seluruh
lapisan rakyat dan penduduk di bawah payung
kepimpinan Raja yang adil lagi bijaksana.
Barang setentunya, penganjuran sambutan kali ini
adalah sedikit berbeza dari sambutan-sambutan
sebelumnya pada mengambil kira situasi pandemik
yang melanda dunia, dan tidak terkecuali negara
kita ketika ini. Sungguh pun demikian, semangat
untuk menyemarakkan sambutan sebagai wadah
tradisi turun temurun dalam menzahirkan rasa
syukur kerana dapat hidup dengan penuh nikmat
keamanan dan kesejahteraan serta bernaung di
bawah kepimpinan seorang Raja yang penuh
pemedulian, tetap kukuh dalam diri setiap lapisan
rakyat dan penduduk di Negara ini.
Bahkan, kemampuan kita untuk menganjurkan
sambutan
ini
jelas
mencerminkan
kejayaan
kepimpinan bijaksana Paduka Ayahanda dalam
menerajui Kerajaan dan Negara dalam menangani
hambatan cabaran-cabaran yang timbul dari
penularan ‘
corona virus
’ dengan terus dapat
menjalani kehidupan seharian. Dalam masa yang
sama, kita juga terus sahaja menikmati keberhasilan
dari usaha padu Paduka Ayahanda dalam menerajui
pentadbiran Kerajaan melalui pelaksanaan pelan-
pelan kemajuan yang berkesinambungan menjurus
kepada agenda pembangunan negara yang inklusif
dan holistik.
Sesungguhnya, kejayaan dalam mendepani situasi
pandemik setakat ini, tidak akan berlaku tanpa
adanya penglibatan dan komitmen sepenuhnya
dari agensi Kerajaan dan bukan Kerajaan serta
termasuk Rakyat dan Penduduk di Negara ini. Pada
hemat Saya, inilah erti perpaduan sebenarnya
berasaskan kepercayaan Beragama, Bernegara
dan Bermasyarakat yang sekian lama wujud
dengan jalinan kukuh integrasi masyarakat serta
ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap
tampuk pimpinan Negara dalam apa jua keadaan
sekali pun.
Saya penuh yakin nilai-nilai positif dan saling
hormat menghormati, bertolak ansur, saling bantu
membantu di kalangan rakyat dan penduduk di
Negara ini akan diteruskan oleh generasi akan datang
sebagai cara hidup yang penuh keberkatan demi
mengekalkan perpaduan dalam pembangunan
sosio-ekonomi dan sosio-politik Negara.
Konsep Melayu Islam Beraja juga perlu ditekankan
serta menjadi amalan berterusan yang membolehkan
Negara membangun dengan masyarakat yang sihat
serta berbekal keIslaman yang murni selaras dengan
hasrat Paduka Ayahanda untuk menjadikan Negara
Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir.
Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa ke
hadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala semoga Paduka
Ayahanda dan Paduka Bonda sentiasa dilimpahkan
taufik dan hidayah-Nya serta sentiasa dalam
kandungan sihat wal’afiat, dilanjutkan usia dan
perlindungan-Nya jua. Seluruh rakyat jelata dan
penduduk bumi Darussalam mendoakan Paduka
Ayahanda kekal qarar memerintah di atas Takhta
Singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam
dengan mendapat petunjuk dan keredhaan-Nya.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
D.K.M.B., D.P.K.T., King Abdul Aziz Ribbon, First Class (Saudi Arabia), The Order of the Renaissance (First Degree) (Jordan), Grand Cross
of Crown Order – G.K.K., (Netherlands), Medal of Honour (Lao), DSO (Singapore), Order of Lakandula with the Rank of Grand Cross
(Philippines), The Order of Prince Yaroslav the Wise, Second Class (Ukraine), DSO (Military) (Singapore), P.H.B.S.
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
Negara Brunei Darussalam

