Tugas dan Tanggungjawab
Jabatan Bandaran Tutong
Matlamat Jabatan Bandaran Tutong- Mempertingkatkan kualiti kehidupan warga perbandaran melalui pentadbiran dan pengurusan pembangunan dan kemajuan kawasan perbandaran yang efisien dan efektif
- Menjadi pemangkin kepada kegiatan perekonomian kawasan perbandaran (Pro Business)
- Peningkatan serta pemantapan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan dalam kawasan perbandaran
- Mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan sumber tenaga jabatan
- Meningkatkan hasil kutipan dan pendapatan negara melalui cukai bangunan. bayaran lesen perniagaan dan sewa petak-petak tamu mingguan, gerai-gerai makan dan juga pasar malam
- Membantu mengekalkan perpaduan, keharmonian, kesepakatan, keselamatan dan keselesaan hidup bermasyarakat dan bernegara
|