1. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-38 pada hari Rabu,
23 haribulan Zulhijah 1444 bersamaan dengan 12 haribulan Julai 2023 bertempat di
Dewan Bankuet, Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.
2. Penyampaian sijil-sijil Taraf Kerakyatan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat
majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
3. Pada kali ini, seramai 860 orang penerima Sijil Taraf Kerakyatan yang telah mendapat
limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
4. Penerima-penerima adalah terdiri dari mereka yang memohon taraf kerakyatan Negara
Brunei Darussalam di bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15 iaitu di bawah
Bab 5(1) dan 8(1) Ujian Bahasa Melayu secara bertulis, Bab 6(1) iaitu terdiri daripada
anak-anak kepada ibu warganegara Brunei, anak-anak kepada ayah warganegara
Brunei dan anak-anak angkat kepada ibubapa angkat warganegara Brunei dan juga di
bawah Bab 5(6) terdiri daripada isteri-isteri kepada suami warganegara Brunei
Darussalam.
5. Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, SetiausahaSetiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran
Kebangsaan.



