Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kehormatan Pingat Kerja Lama (P.K.L.) Negara Brunei Darussalam Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-76 Tahun Bagi Tahun 2022 Bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya telah diadakan pada hari Khamis, 24 haribulan Zulhijah 1444 bersamaan dengan 13 haribulan Julai 2023 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Seramai 37 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Penerima-penerima adalah terdiri daripada dua (2) orang dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara; dua (2) orang dari Jabatan Daerah Belait; enam (6) orang dari Jabatan Daerah Temburong; lima (5) orang dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan; dua (2) orang dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria; dua (2) orang dari Jabatan Bandaran Tutong; 13 orang dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan lima (5) orang dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.