Sign In
Web Creator

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-77 BAGI TAHUN 2023

IMG_4261.JPG

​1. Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 telah diadakan pada hari Isnin, 13 haribulan Muharram 1445 bersamaan dengan 31 haribulan Julai 2023 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

2. Hadir di Upacara tersebut ialah Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-77 bagi Tahun 2023 yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pihak swasta. 

3. Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera peribadi bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran; dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai dan juga termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan.

IMG_4247.JPGIMG_4283.JPGIMG_4303.JPGIMG_4302.JPG
 

Created at 5/08/2023 2:46 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 5/08/2023 2:46 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //