Laman Utama » Berita Terkini MAJLIS DIKIR SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASSALAM BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DI DALAMNYA BAGI TAHUN 1445H/2023M DI DAERAH TEMBURONG
- Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya bagi Tahun 1445H/2023M di Daerah Temburong telah diadakan pada hari Sabtu, 07 haribulan Rabiulawal 1445 bersamaan dengan 23 haribulan September 2023 bertempat di Masjid Kampung Belais Temburong.
- Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Kol(B) Muhd Harrith Rashidi bin Haji Muhd Jamin, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan Penyelidikan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung, Ahli-Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung.
|