Sign In
Web Creator

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA KEBANGSAAN SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-78 BAGI TAHUN 2024


DSC08217.JPG

  1. Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Bagi Tahun 2024 telah diadakan pada hari Khamis, 24 haribulan, Ramadhan 1445H bersamaan 04 haribulan, April 2024M bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
     
  2. Mesyuarat telah dipengerusikan Bersama oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan; dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mu​lia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Bagi Tahun 2024.
     
  3. Yang Berhormat Dato Pengerusi Bersama antara lain memaklumkan bahawa penglibatan seluruh rakyat dan penduduk di negara ini dalam memeriahkan lagi Sambutan-Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jelas mencerminkan rakyat dan penduduk di negara ini hidup bersama secara harmoni tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama. Tidak lupa jua penglibatan golongan generasi muda termasuk penuntut-penuntut sekolah merupakan lambang pengukuhan jati diri dan semangat kebangsaan yang menjadi teras kemajuan dan pembangunan Negara Brunei Darussalam pada masa ini dan juga masa akan datang.
     
  4. Berangkat ke Mesyuarat tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain. Juga hadir ke Mesyuarat ini ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; Yang Mulia Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Daerah, Pemangku Pegawai-Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terdiri dari ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Bagi Tahun 2024. 
     
  5. Mesyuarat membincangkan laporan persediaan acara-acara Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 Bagi Tahun 2024, antaranya Upacara Pengibaran dan Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam; Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Do'a Kesyukuran; Istiadat Barisan Kehormatan; Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam, Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di ke empat-empat daerah; Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, dan Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara; Riadah Berbasikal Keputeraan 2024; dan Majlis Ilmu.
DSC08281.JPGDSC08209.JPG
 
Created at 9/10/2024 8:57 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 9/10/2024 8:57 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //