Sign In
Web Creator

UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-78 BAGI TAHUN 2024

IMG_0059.JPG

  1. ​Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 bagi Tahun 2024 telah diadakan pada hari Rabu, 25 haribulan Muharram 1446 bersamaan dengan 31 haribulan Julai 2024 bertempat di Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Md Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan Selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 bagi Tahun 2024. 
     
  2. Hadir di Upacara tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-78 bagi Tahun 2024 yang terdiri daripada Setiausaha Tetap [Perbandaran dan Daerah], Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai kanan kerajaan dan pihak swasta.
     
  3. Upacara Penurunan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam ini menandakan berakhirnya tempoh pengibaran bendera peribadi bagi Pengiran-Pengiran dan mereka yang dikurniakan gelaran; dan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi orang ramai termasuk di bangunan-bangunan dan premis-premis perniagaan.
Created at 9/10/2024 10:06 PG by syamsul.takong
Last modified at 9/10/2024 10:11 PG by syamsul.takong
Berita Terkini //