Sign In
Web Creator

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 78 KALI KHATAM AHLI-AHLI MPK, PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KALI KE-78

DSC01590.JPG

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti AlMarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 78 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-penuntut Sekolah dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-78 Tahun bagi Tahun 2024 yang berlangsung pada hari Khamis, 26 haribulan Muharram 1446 bersamaan 01 haribulan Ogos 2024 di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman.  

2. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta Kerabat Diraja dijunjung oleh Yang Berhormat, Yang DiPertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Penasihat-Penasihat Bersama; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Jabatan Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama, dan Grand Chamberlain Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Timbalan Pengerusi Bersama, beserta isteri masing-masing.
 
3. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat M​ulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Juga turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. 

 
4. Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Ini diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai oleh seramai 1,708 orang peserta Khatam Al-Qur’an. Mengetuai dalam membaca surah lazim ialah Ak. Luqman ‘Amri Al-Hakeem bin Pg. Asmali, pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Brunei Muara (STAR), yang merupakan Johan Ujian Kelayakan Ke Peringkat Lanjutan dan pemenang tempat ketiga Pertandingan Tilawah Al-Quran Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab peringkat Akhir Tahun 2021 dan 2023. Doa Khatam dibacakan oleh Muhammad Nurhidayatullah Al-Mu’min bin Awang Rossnan, pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Brunei Muara (STAR), Jabatan Pengajian Islam yang merupakan Johan Musabaqah Hafazan anjuran Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanal Bolkiah.  

 
5. Majlis selanjutnya diikuti bacaan takhtim dan tahlil oleh pegawai-pegawai dan guruguru agama dari Jabatan Pengajian Islam dan Jabatan Hal Ehwal Masjid. 

6. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta pegawai-pegawai dan guru-guru ugama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam. Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan,. Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

7. Para peserta khatam terdiri daripada ahli-ahli majlis perundingan mukim dan kampung di keempat-empat daerah iaitu kategori dewasa lelaki, dewasa wanita, belia dan beliawanis yang dipilih untuk mewakili mukim dan kampung termasuk penuntutpenuntut ITQSHHB, Sekolah Arab dan STAR, kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu dari sekolah-sekolah Arab dan Al-Falah, sekolah-sekolah ugama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan STAR serta penuntut-penuntut sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan institusi-institusi pengajian tinggi. 

DSC01470.JPGDSC01503.JPG
 
Created at 9/10/2024 2:28 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 9/10/2024 2:28 PTG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //