Laman Utama » Berita Terkini PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN TARIK KALAT KEBANGSAAN KATEGORI REMAJA, PERINGKAT SE-BORNEO DAN PERINGKAT KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN YANG KE-78 TAHUN
Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Perlawanan Akhir Kejohanan Tarik Kalat Kebangsaan Kategori Remaja, Peringkat Se-Borneo Dan Peringkat Kementerian-Kementerian Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Ke-78 Tahun yang merupakan antara aturcara utama Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 bagi Tahun 2024. Majlis diadakan pada hari Ahad, 29 Muharram 1446 bersama 4 Ogos 2024 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Jabatan Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, selaku Pengerusi-Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-78 bagi Tahun 2024 Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. - Terdahulu mengambil tempat adalah Riadah Berbasikal Keputeraan 2024 dengan pelepasan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Tarik Kalat Kebangsaan Kategori Remaja, Peringkat Se-Borneo Dan Peringkat Kementerian-Kementerian Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Yang Ke-78 Tahun dengan kategori:
- Peringkat Kebangsaan: Kategori Remaja Berumur 19 Tahun Ke Bawah (500kg terkumpul)
- Peringkat Se-Borneo: Kategori Berat (680kg Terkumpul)
- Peringkat Kementerian-Kementerian – Kategori Berat (680kg Terkumpul)
Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam beserta Kerabat Diraja dijunjung berangkat bagi menyertai Perlawanan Tarik Kalat Kategori Khas. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah berkenan mengurniakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang Kejohanan Tarik Kalat dan seterusnya berkenan bagi menerima junjung ziarah daripada pasukan-pasukan yang menyertai Kejohanan Tarik Kalat.
  
|