1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri melalui Jabatan-Jabatan Daerah pada hari ini telah
menganjurkan Program Bantuan Amal Kembali Ke Sekolah di keempat-empat daerah secara serentak
pada hari Isnin, 28 haribulan Jamadilakhir 1446 bersamaan dengan 30 haribulan Disember 2024.
2. Program ini diadakan dengan tujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan anak-anak
yatim dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dalam membuat persediaan persekolahan
menjelang tahun 2025 nanti.
3. Hadir selaku wakil Kementerian di Daerah Brunei dan Muara ialah Yang Mulia Awang Salminan bin
Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri: Yang Mulia Awang Abdul Walid bin Haji Matassan, Setiausaha Tetap (Perbandaran dan
Daerah) di Daerah Belait; Yang Mulia Dayang Nor Hamidah binti Haji Hamidon, Timbalan Setiausaha
Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan) di Daerah Tutong; dan Yang Mulia Awang Muhammad Saufi
bin Awang Haji Ibrahim, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Perundangan, Antarabangsa dan
Penyelidikan) di Daerah Tutong.
4. Turut hadir ialah Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terdiri dari kalangan
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Mulia Pemangku-pemangku Pegawai Daerah,
Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung,
Pemangku Ketua-Ketua Kampung, Ketua Rumah Panjang, Kementerian Hal Dalam Negeri, dan KetuaKetua Kluster, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, serta Jemputan-Jemputan Khas.
5. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang kemudiannya diteruskan dengan
penyampaian sumbangan berupa barang keperluan sekolah seperti alat-alat tulis serta peralatan
sekolah lain, dan pakaian seragam sekolah kepada seramai 267 orang penerima (100 pelajar dari
Daerah Brunei dan Muara; 51 pelajar dari Daerah Belait; 28 pelajar dari Daerah Tutong dan 88 pelajar
dari Daerah Temburong).
6. Sumbangan yang disampaikan adalah hasil kutipan derma daripada warga Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri; Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara; Tabung Amal Daerah
Belait; Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim Daerah Tutong; Tabung Kebajikan Anak-Anak Yatim
Daerah Temburong dan Tabung Bantuan Daerah Temburong. Sumbangan derma ini diharapkan
dapat meringankan beban perbelanjaan bagi persediaan sekolah anak-anak berkenaan, sekaligus
memastikan anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dapat memulakan sesi
persekolahan tahun 2025 dengan suntikan semangat baru dan persediaan peralatan sekolah yang
lebih sempurna.