Seramai 69 orang Penghulu Mukim dan Ketua Kampung telah menghadiri Program ‘Crucial Conversation for Success’ selama 4 sesi di sebelah petang bermula 13 hingga 16 Januari 2025. Program mengambil tempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Kursus ini diadakan dengan objektif untuk (1) meningkatkan kemahiran dialog dan penglibatan peserta, (2) berkomunikasi secara yakin, proaktif dan percaya diri, (3) memupuk dan membina kerja berpasukan dan berupaya membuat membuat keputusan yang lebih baik, (4) boleh menyelesaikan perselisihan faham individu dan kumpulan, dan (5) meningkatkan kemahiran komunikasi secara santun.
Penceramah Undangan yang memudahcara bengkel berkenaan ialah Yang Mulia Dr. Mohd Roslan bin Mohd. Zain.
Hasil yang dihasratkan dari bengkel ini adalah untuk mengukuhkan pengetahuan PMKK dalam meluaskan rangkaian melalui Komunikasi berkesan, membina kerja berpasukan yang kompeten dan berupaya mengendali konflik dan perselisihan faham dalam komuniti.


