Sign In
Web Creator

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

DSC08921.JPG

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan–Jabatan dibawahnya telah mengadakan Majlis Keagamaan Sempena Sambutan Isra’ dan Mi’raj Peringkat Kementerian bagi Tahun 1446H / 2025M pada hari Khamis, 30 haribulan Rejab 1446 bersamaan dengan 30 haribulan Januari 2025 bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Majlis Sambutan Isra’ Mi’raj peringkat Kementerian dan Jabatan pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Tilawah Al-Quran Surah Al-Isra Ayat 1-8 oleh Ahli Bomba No. 1471 Abdul Hanan bin Amir, manakala tafsir Al-Quran oleh Ahli Bomba No. 1502 Muhammad Haziq bin Hardi.

Majlis diserikan lagi dengan ceramah bertajuk ‘Keajaiban Solat dalam Meningkatkan Daya Ingatan, Releksasi dan Pembinaan Mindset Positif’, disampaikan oleh Ustazah Siti Juhaidah binti Haji Bujang, Pegawai Ugama, Bahagian Penyebaran Da’wah dari Kolej Univer​siti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Antara intipati dalam ceramah ini menekankan pentingnya khusyuk dalam mengerjakan sembahyang untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanallahu Wa Ta’ala. Sembahyang juga bukan sekadar kewajipan ibadah, tetapi juga sebagai terapi bagi minda dan tubuh, yang membantu meningkatkan daya ingatan, mencerdaskan minda, serta boleh memberikan ketenangan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli–Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Setiausaha Tetap dan Timbalan–Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

DSC08955.JPGDSC08823.JPGDSC08852.JPG

Created at 13/03/2025 9:45 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 13/03/2025 9:45 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //