Seramai 39 orang dari kalangan Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan Ketua-Ketua Jabatan, dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah menghadiri Kursus Program 'Competency Assessment' selama 4 sesi di sebelah petang bermula 10 hingga 13 Februari 2025. Program tersebut mengambil tempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 6, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Kursus berkenaan telah disampaikan oleh Penceramah Undangan dari Malaysia, iaitu Yang Mulia Dharmik Shethi.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk (1) mempelajari dan memahami cara menilai dan mendokumentasikan kecekapan individu dalam melaksanakan tugas berdasarkan kemahiran, pengetahuan, dan kebolehan yang relevan dengan peranan mereka, (2) mengenalpasti tumpuan kepada prestasi sebenar seseorang individu dan bukan pengetahuan teori semata-mata, supaya ia memberikan gambaran yang lebih tepat tentang keupayaan untuk melaksanakan tugas dalam situasi dunia sebenar.
Kursus ini diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kebolehan para peserta tentang langkah, kaedah, dan faedah dalam membuat penilaian kompetensi.


