Sign In
Web Creator

MAJLIS TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADAN ROMBONGAN KHEDN DAN MPK DI DAERAH TUTONG

01.jpeg

​1. Majlis Tadarus Al-Quran bulan Ramadan rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya berserta Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Tahun 1446H/2025M di Daerah Tutong telah diadakan pada hari Khamis, 05 haribulan Ramadan 1446H bersamaan dengan 06 haribulan Mac 2025 bertempat di Masjid Kampung Penapar, Mukim Tanjong Maya Tutong. 

2. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Kesejahteraan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 3. Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku-Pemangku Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Daerah Tutong berserta penduduk kampung sekitarnya. 

4. Majlis dimulakan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah dan diteruskan dengan Tadarus AlQuran. Tadarus dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dipimpin oleh Tetamu Kehormat. Manakala Bacaan Tahlil serta Doa Selamat dipimpin oleh Bilal Muhammad Nur Hamizan bin Haji Yakub, Bilal Tingkat II, Masjid Kampung Penapar, Tutong. Majlis juga diteruskan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan wakaf yang disampaikan oleh Tetamu Kehormat. 

5. Majlis ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di dalamnya berserta ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim/Kampung dan pemimpin akar umbi serta menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan.

02.jpeg03.jpeg
 

Created at 15/03/2025 11:08 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Last modified at 15/03/2025 11:08 PG by Syamsul Fikri Bin Hj Takong
Berita Terkini //