Sign In
Web Creator

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 79 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG, PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH DAN INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM KE 79

25 V1.jpg

​1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam hari ini berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran 79 Kali Khatam Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79 Tahun bagi Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman. 

2. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum AlIslam.  

3. Keberangkatan Baginda berdua dijunjung oleh Penasihat-Penasihat Bersama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Khatam Al-Quran 79 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, Penuntut-Penuntut Sekolah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Seluruh Negara Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke79 Tahun Bagi Tahun 2025, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar, Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Md. Said; dan PengerusiPengerusi Bersama, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Menteri Pendidikan dan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan beserta isteri masing-masing.

 4. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan dan diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai oleh seramai 1,708 orang peserta yang dipimpin oleh Yang Mulia Muhammad Ishqal Ezairy @Abdul Mateen Bin Mohammad Shahruni, Johan Musabaqah Zainul Quran Antara Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara Tahun 2024. Majlis diikuti dengan bacaan takhtim oleh pegawaipegawai dan guru-guru ugama dari Jabatan Pengajian Islam dan disusuli dengan bacaan tahlil oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid diikuti dengan bacaan Doa Khatam oleh peserta khatam Al-Quran, dipimpin oleh Yang Mulia Awang Abdul Hakim bin Amir, Johan Peraduan Membaca AlQuran Bagi Kategori (Alif) Tarannum Anjuran Sekolah Ugama Jabatan Pengajian Islam Tahun 2022. Dikir Marhaban dibawakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta pegawai-pegawai dan guru-guru agama perempuan dari Jabatan Pengajian Islam (JPI) dan Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. 

 5. Peserta khatam seramai 1,708 adalah terdiri daripada ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di keempat-empat daerah iaitu kategori dewasa lelaki, dewasa perempuan, belia dan beliawanis serta penuntutpenuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sekolah Arab dan Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR), kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah yang mewakili sekolah-sekolah ugama Kementerian Hal Ehwal Ugama iaitu dari sekolah-sekolah Arab dan Al-Falah, sekolah-sekolah ugama, Skim Khatam Al-Quran di bawah umur 10 tahun, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan STAR serta penuntut-penuntut sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan dan institusiinstitusi pengajian tinggi. 

39.JPG29.JPG
 

Created at 23/08/2025 10:26 PG by syamsul.takong
Last modified at 23/08/2025 10:29 PG by syamsul.takong
Berita Terkini //