Sign In
Web Creator

MAJLIS PERASMIAN ‘KENALI KEMENTERIANKU’

02.jpeg

​1. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Perasmian “Kenali KementerianKu” pada hari Isnin, 03 haribulan, Jamadilakhir 1447H bersamaan dengan 24 haribulan, November 2025M bertempat di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei Muara. Majlis disempurnakan oleh Tetamu Kehormat, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan dihadiri bersama oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara dikalangan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Setiausaha Tetap, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, KetuaKetua Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan dibawahnya termasuk pemimpin akar umbi dari kalangan Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung. 

2. Acara “Kenali KementerianKu” ini diadakan selama tiga (3) hari sehingga 26 haribulan November 2025 sebagai platform untuk memberigakan maklumat terkini berkaitan dasar-dasar semasa, inisiatif-inisiatif baharu, perkhidmatanperkhidmatan, akta-akta serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta maklumat berkaitan dengan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung kepada orang ramai termasuk agensi-agensi Kerajaan, pihak syarikat swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs). 

3. Antara pengisian program acara “Kenali KementerianKu” adalah pelancaran Kedai Kampung yang dikendalikan oleh Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPM) Kasat. Kedai Kampung ini merupakan inisiatif bagi mengaktifkan penggunaan Kantin Dewan Muhibbah melalui penyediaan hidangan berkonsepkan masakan kampung yang diusahakan bersama oleh ahli-ahli MPM, sepertimana konsep koperasi. Selain itu, turut disediakan ruang jualan produk Satu Kampung Satu Produk (1K1P) sebagai sokongan kepada pengusaha tempatan. 

4. Turut diadakan disepanjang acara ini ialah Program Talk Series sebagai satu lagi platform untuk berinteraksi dengan orang ramai termasuk pihak-pihak yang berkepentingan. Disamping itu, lawatan ke petak-petak pengusaha Satu Kampung Satu Produk (1K1P) dan peniaga-peniaga food truck, jualan produk INSAF daripada Jabatan Penjara dan Aftercare Support Association (AFSA), serta produk TUNAS. Juga dipamerkan ialah pameran statik sebuah jentera Water Tender Ladder (WRL), serta beberapa aktiviti menarik disediakan untuk para pengunjung

5. Disamping itu, acara ‘Kenali KementerianKu” turut menampilkan rakaman Live Podcast bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pandangan, pengalaman dan inisiatif kepimpinan akar umbi melalui perbincangan santai dan sesi soal jawab secara interaktif. 

6. Acara pada hari ini juga diselajurkan dengan Sesi Muzakarah bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4, Jabatan Daerah Brunei Muara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

7. Sesi Muzakarah ini bertujuan untuk mengongsikan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan serta perancangan-perancangan strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, serta percambahan fikiran mengenai apa jua perkara atau isu ke arah kesejahteraan rakyat dan penduduk serta kemakmuran negara. Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara juga turut berpeluang menyaksikan tayangan video pencapaian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang memaparkan inisiatif, perkembangan dan hasil usaha strategik kementerian. Selain itu, berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat lagi bersama pihak pengurusan eksekutif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Ketua-Ketua Jabatan dan Bahagian. 

8. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi “Kenali KementerianKu” dan ikut serta dalam program Talk Series sepanjang ianya diadakan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh diperolehi melalui laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri www.moha.gov.bn atau Instagram rasmi @mohabrunei. 

03.jpeg01.jpeg04.jpeg05.jpeg
 

Created at 2/12/2025 4:22 PTG by syamsul.takong
Last modified at 3/12/2025 9:15 PG by syamsul.takong
Berita Terkini //