Sign In
Web Creator

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KALI KE-44

DSC07021.JPG

​Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-44 pada hari Khamis, 18 haribulan Syawal 1447 bersamaan dengan 07 haribulan April 2026 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong. 

Penyampaian sijil-sijil Taraf Kerakyatan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.  

Pada kali ini, seramai 618 orang penerima Sijil Taraf Kerakyatan telah mendapat limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Para penerima terdiri daripada mereka yang memohon taraf kerakyatan Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei, Penggal 15 iaitu di bawah Bab 5(1) dan 8(1) dan telah lulus dalam Ujian Bahasa Melayu secara bertulis dan dan secara lisan,  di bawah Bab 6(1) iaitu terdiri daripada anak-anak kepada ibu warganegara Brunei, anakanak kepada ayah warganegara Brunei dan anak-anak angkat kepada ibu bapa angkat warganegara Brunei dan juga di bawah Bab 5(6) terdiri daripada isteri-isteri kepada suami warganegara Brunei Darussalam. 

DSC06899.JPGDSC06941.JPGDSC07104.JPGDSC07276.JPG
 

Created at 16/04/2026 10:23 PG by syamsul.takong
Last modified at 16/04/2026 10:23 PG by syamsul.takong
Berita Terkini //