Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/33/1.1/11-2023

​SUPPLY, DELIVER AND INSTALL MAGNETIC WALL-MOUNTED WHITEBOARD, PORTABLE WHITEBOARD WITH ROLLER STAND AND FLIP CHART STAND

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 4/10/2023

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.

  2. Pembayaran akan dikenakan sebanyak B$5.00 [Lima Ringgit sahaja] sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Unit Hiburan Awam, Tingkat 3,(Left Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

  3. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Stor, Tingkat 1 (Right Wing) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam​.

  4. Bagi Syarikat / Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat  dan juga Pengesahan Syarikat serta Sijil Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat-Syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd sahaja.

  5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tan membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat.

  6. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
    Peti Kotak Sebutharga,
    Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
  7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.

Attachments
Version: 2.0
Created at 18/09/2023 11:02 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Last modified at 18/09/2023 11:08 PG by Pg Mohammad Dzulkhairi bin Pg Haji Mohamad
Iklan //