Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/70/1.5/10-2023

​PENYEDIAAN JAMUAN BAGI UPACARA PENURUNAN BENDERA BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-78 BAGI TAHUN 2024.

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 17/04/2024

Maklumat Perhubungan:

Bahagian Perbandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

YURAN TAWARAN: BND$5.00 (tidak dikembalikan)

Syarat-Syarat Tawaran

1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2.  Pemohon hendaklah hendaklah membuat pembayaran yuran penyertaan di Ruang Legar, Lamtai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jam 08:00 pagi – 11:00 pagi dan 01:45 petang – 03:00 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis (kecuali hari Sabtu jam 08:00 pagi – 10:30 pagi sahaja).

3. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Perbandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Unit Perancangan Perbandaran, Aras 2, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja). 

4. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.

5. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 / Form X yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn Bhd adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC​). Syarikat juga dikehendaki menyertakan Sijil Halal yang sah.

6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong.

7.   Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -​

PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.​

9. Mana-mana perubahan harga samaada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.


10.  Syarikat juga adalah dikehendak menghadapkan Surat Kesanggupan Penyediaan Jamuan pada tarikh-tarikh yang dinyatakan dan yang dimaklumkan oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (tertakluk jika ada perubahan)..


11.  Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik / bersih dan selamat​.

12.  Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.

13. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Kementerian ini, Fatin Athirah binti Haji Abd Rahman di talian 2223225 sambungan 215.


Attachments
Version: 1.0
Created at 27/03/2024 1:26 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 27/03/2024 1:26 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //