Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/2/1.6/2-2024

​​MEMB​EKAL DAN MENGHANTAR SINJANG PESERTA LELAKI BAGI MAJLIS KHATAM AL-QURAN 78 KALI KHATAM AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIN DAN KAMPUNG, PENUNTUT-PENUNTUT SEKOLAH DAN INSTITUT-INSTITUT​ PENGAJIAN TINGGI SELURUH NEGARA SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 78 TAHUN BAGI TAHUN 2024​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 17/04/2024

Maklumat Perhubungan:

Bahagian Penyelarasan dan Pengurusan Acara

YURAN TAWARAN: BND$5.00 (tidak dikembalikan)

Syarat-Syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut :-

1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA

2. Pembayaran akan dikenkan sebanyak $5.00 [Lima Ringgit Sahaja] sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Mini Galeri, Aras Bawah (LW), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

3. Tawaran-Tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pengurusan Acara, Tingkat 2 (Right Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam

4. Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga Pengesahan Syarikat serta ​Sijil Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat-Syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd sahaja

5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam simpul surat yang tertutup (Sealed Envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarangan pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat.

6. Semua tawaran hendaklah dimasukan ke dalam

Peti Kotak Sebutharga
Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
​Jalan James Pearce,Bandar Seri Begawan BS8610,
Negara Brunei Darussalam

7.   Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atay tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima

8. Kerajan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat unutk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang dipikirkan tidak munasabah




Attachments
Version: 1.0
Created at 1/04/2024 1:33 PTG by Mohammad Syarafuddin bin Haji Md Salleh
Last modified at 1/04/2024 1:33 PTG by Mohammad Syarafuddin bin Haji Md Salleh
Iklan //