Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/6/1.2/1-2024

​PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN GIANT BANNER DI TAMAN SOAS SEMPENA SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE 78-TAHUN BAGI TAHUN 2024

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 24/04/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut;

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pemborong-Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas ​   TERBUKA    dalam Kategori   TERBUKA   SAHAJA di Negara Brunei Darussalam.

  2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan Penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam dengan membuat pembayaran yuran sebanyak $5.00 (tidak dikembalikan).

  3. Bagi Syarikat / Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan juga menyertakan salinan sijil pendaftaran Kontraktor Dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.

  4. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pemborong atau Syarikat.

  5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam
    PETI KOTAK SEBUTHARGA,
    Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal DalamNegeri,
    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
  6. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.​​​

Attachments
Version: 1.0
Created at 10/04/2024 1:37 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 10/04/2024 1:37 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //