Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/75/1.4/3-2023

​TAWARAN SELAMA TIGA (3) TAHUN BAGI PEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM PENGHULU MUKIM, KETUA KAMPUNG DAN KETUA RUMAH PANJANG​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 24/04/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Perancangan Daerah, Bahagian Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​​YURAN TAWARAN: BND$10.00 (tidak dikembalikan)

Syarat-Syarat Tawaran

1. Dibukakan kepada Syarikat-Syarikat atau Vendor yang mempunyai Sijil Perniagaan yang sah.

2. Borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang ditutup rapi (sealed) serta ditandakan rujukan tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini dengan jelas di sebelah kanan atas sampul surat tanpa menunjukkan identity atau logo syarikat.  Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran dan di alamat seperti berikut:-​

PENGERUSI
PETI TAWARAN SEBUTHARGA
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
ARAS BAWAH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE, BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

3.  Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani.​

4.   Tarikh tutup tawaran ialah pada hari Rabu, 24 April 2024 jam 2.00 petang.  Mana-mana tawaran yang lewat diterima pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.  Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti tawaran ditutup.

5. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah diperolehi di Bahagian Perancangan Daerah, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis dan Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang dan pembayaran tawaran sebanyak $5.00 hendaklah dibayar di Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri​.

6. Penender adalah bertanggungjawab bagi memastikan Sijil Pendaftaran masih sah laku sebelum membuat pembelian dokumen tawaran.​

7.  Peneder hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran yang menyertakan butir-butir perniagaan, bilangan pendaftaran dan negeri asal kad pengenalan atau passport semua pemilik syarikat serta Salinan Resit Pembayaran.  Kegagalan dalam menyediakannya boleh menyebabkan tawaran yang dihadapkan tidak sah dan tidak dinilai.

8.  Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.


Attachments
Version: 2.0
Created at 10/04/2024 1:53 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 17/04/2024 11:37 PG by nuralhafiz.hamidi
Iklan //