Bilangan Iklan:KHEDN/4/1.4/1-2024TAWARAN SELAMA SATU TAHUN SKIM PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL BAGI PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 1/05/2024 | Maklumat Perhubungan:Unit Perancangan Daerah, Bahagian Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri | Syarat-syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut; - Dibukakan kepada Syarikat-Syarikat atau Vendor yang mempunyai Sijil Perniagaan yang sah.
-
Borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat yang ditutup rapi (sealed) serta ditandakan rujukan tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini dengan jelas di sebelah kanan atas sampul surat tanpa menunjukkan identity atau logo syarikat. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran dan di alamat seperti berikut:-
PENGERUSI SEBUTHARGA,
PETI TAWARAN SEBUTHARGA JAWATANKUASA SEBUTHARGA ARAS BAWAH KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JALAN JAMES PEARCE, BANDAR SERI BEGAWAN BS8610.
- Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani.
- Tarikh tutup tawaran ialah pada hari Rabu, 01 Mei 2024 jam 2.00 petang. Mana-mana tawaran yang lewat diterima pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti tawaran ditutup.
Dokumen-dokumen tawaran hendaklah diperolehi di
Bahagian Perancangan Daerah, Tingkat 2, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis dan Sabtu),
jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang dan pembayaran tawaran sebanyak
$10.00 hendaklah dibayar di
Ruang Legar, Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. - Penender adalah bertanggungjawab bagi memastikan Sijil Pendaftaran masih sah laku sebelum membuat pembelian dokumen tawaran.
- Penender hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran yang menyertakan butir-butir perniagaan, bilangan pendaftaran dan negeri asal kad pengenalan atau passport semua pemilik syarikat serta Salinan Resit Pembayaran. Kegagalan dalam menyediakannya boleh menyebabkan tawaran yang dihadapkan tidak sah dan tidak dinilai.
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.
| Attachments |
|
|