Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/UTM/LTK/01-2024

TWO (02) YEARS TERM CONTRACT FOR THE SUPPLY AND DELIVERY OF PRINTER TONERS FOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS


Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00AM, 11/06/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Korporat, Dasar dan Perancangan, KHEDN

​Syarat-Syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga adalah seperti berikut:-

1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat atau Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA

2. Pembayaran akan dikenakan sebanyak $10.00 [Sepuluh Ringgit Sahaja] tunai sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Mini Galeri, Aras Bawah (LW), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

3. Tawaran-Tawaran mestilah di buat di atas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Teknologi Maklumat, Tingkat 1 (Left Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam. 

4. Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga Pengesahan Syarikat serta Sijil Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat-Syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd sahaja. 

5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang tertutup (Sealed Envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarangan pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat. 

6. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat berikut: 

Pengerusi

Lembaga Tawaran Kecil

Aras Bawah,

Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,

Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610,

Negara Brunei Darussalam 

7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima. 

8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang dipikirkan tidak munasabah.​

Attachments
Version: 3.0
Created at 23/05/2024 8:54 PG by nuralhafiz.hamidi
Last modified at 23/05/2024 2:29 PTG by nuralhafiz.hamidi
Iklan //