Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/12/1.2/5-2024

​KERJA-KERJA PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PAPAN-PAPAN TANDA NAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG BAGI KE EMPAT DAERAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 12/06/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat Syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga adalah seperti berikut :

1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat Syarikat / Pemborong Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Kelas Terbuka  dalam Katergori Terbuka SAHAJA di Negara Brunei Darussalam.

2. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan Penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam. 

3. Bagi Syarikat / Pemborong yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan sijil pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat Syarikat, Jabatan Peguam Negara, Negara Brunei Darussalam dan juga menyertakan salinan sijil pendaftaran Kontraktor dan Pembekal, Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam yang masih sah laku.

4. Borang borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (sealed Envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti pemborong atau Syarikat.

5. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam

Peti Kotak Sebutharga,
Aras Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610.
Negara Brunei Darussalam

6. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah dietapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 1.0
Created at 29/05/2024 3:53 PTG by nuralhafiz.hamidi
Last modified at 29/05/2024 3:53 PTG by nuralhafiz.hamidi
Iklan //