Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/27/1.4/5-2024

​PENYEDIAAN JAMUAN BAGI MUZAKARAH YANG BERHORMAT MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA PENGHULU-PENGHULU MUKIM DAN KETUA-KETUA KAMPUNG SERTA AHLI-AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MUKIM DAN KAMPUNG​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 18/09/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Perancangan Daerah, Bahagian Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​Yuran Tawaran: BND$5.00 (tidak dikembalikan)

Syarat-Syarat Tawaran:-

​1. Dibukakan kepada Syarikat-Syarikat atau Vendor yang mempunyai Sijil Perniagaan yang sah.

2. Borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang ditutup rapi (sealed) serta ditandakan rujukan tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini dengan jelas di sebelah kanan atas sampul surat tanpa menunjukkan identity atau logo syarikat.  Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat seperti berikut:-

 

PENGERUSI
PETI TAWARAN SEBUTHARGA
JAWATANKUASA SEBUTHARGA
ARAS BAWAH
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
JALAN JAMES PEARCE, BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

 

3.  Setiap borang tawaran hendaklah diisikan dengan lengkap dan mana-mana pembetulan hendaklah ditandatangani.

4.   Tarikh tutup tawaran ialah pada hari Rabu, 18 September 2024 jam 2.00 petang.  Mana-mana tawaran yang lewat diterima pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan.  Setiap tawaran harga adalah sah bagi tempoh 90 hari dari tarikh peti tawaran ditutup.

5. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).

6. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/ Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).

7. Penender adalah bertanggungjawab bagi memastikan Sijil Pendaftaran masih sah laku sebelum membuat pembelian dokumen tawaran.

8.  Penender hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran yang menyertakan butir-butir perniagaan, bilangan pendaftaran dan negeri asal kad pengenalan atau passport semua pemilik syarikat serta Salinan Resit Pembayaran.  Kegagalan dalam menyediakannya boleh menyebabkan tawaran yang dihadapkan tidak sah dan tidak dinilai.

9.  Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.

10. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga


Attachments
Version: 1.0
Created at 2/09/2024 2:32 PTG by Mohammad Syarafuddin bin Haji Md Salleh
Last modified at 2/09/2024 2:32 PTG by Mohammad Syarafuddin bin Haji Md Salleh
Iklan //