Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/28/1.0/5-2024

​MEREKABENTUK, MEMBUAT, MEMBEKAL DAN MENGHANTAR CENDERAMATA BAGI PESARA-PESARA BAGI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN JABATAN-JABATAN DIBAWAHNYA BAGI TAHUN 2023​​

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 25/09/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat Syarat untuk mengikuti tawaran kerja sebutharga  adalah seperti  berikut :

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.
     
  2. Pembayaran akan dikenakan sebanyak $5.00 [Lima Ringgit Sahaja] (non-refundable) sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah (Left Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.  
     
  3. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pentadbiran, Tingkat 1 (Right Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam.
     
  4. Bagi Syarikat / Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan   salinan Sijil Pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga Pengesahan Syarikat serta Sijil Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat-Syarikat yang berdaftar sebagai Sdn Bhd sahaja.

     
  5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam  sampul surat yang bertutup (Sealed Envelope)  dengan  menulis  bilangan tawaran, nama  tawaran dan tarikh tutup  tanpa membubuh  sebarang pengenalan  atau identiti Pembekal atau Syarikat .
     
  6. Semua tawaran hendaklah dimasukkan kedalam

    Peti Kotak Sebutharga,
    Aras Bawah Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
    Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam
     
  7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
     
  8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.  


Attachments
Version: 2.0
Created at 9/09/2024 8:47 PG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 9/09/2024 8:47 PG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //