Bilangan Iklan:(13)NDMC/TSH/2024-2025QUOTATION SUPPLYING, DELIVERING, INSTALLING AND OPERATING TECHINICAL EQUIPMENT FOR 45TH ASEAN COMMITTEE ON DISASTER MANAGEMENT (ACDM) 12TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON DISASTER MANAGEMENT (AMMDM) & 13TH CONFERENCE OF THE PARTIES TO THE ASEAN AGREEMENT ON DISASTER MANAGEMENT EMERGENCY RESPONSE (COP TO THE AADMER) AND RELEATED MEETINGS FOR THE YEAR 2024, 21-25 OKTOBER 2024.
| Tarikh dan Masa Ditutup:2:00PM, 9/10/2024 | Maklumat Perhubungan:Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) |
Syarat Syarat Tawaran - Tawaran dibukakan secara terbuka kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berdaftar di bawah Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Dokumen tawaran boleh diperolehi di Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Jalan Landasan Lama Berakas Negara Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bermula pada 21 September 2024 semasa waktu bekerja iaitu):
Waktu pengambilan Dokumen tawaran:
ISNIN HINGGA KHAMIS DAN SABTU |
8.00 Pagi hingga 12 Tengahari
dan
1.30 Petang hingga 3.00 Petang |
- Pemborong/ Syarikat hendaklah terlebih dahulu untuk membaca, memahami dan meneliti kesemua skop kerja di dalam Borang Dokumen Tawaran serta mengisi semua ruang-ruang yang diperlukan dengan LENGKAP dan TERATUR termasuk Company Description Form serta meberikan harga tawaran yang jelas. Sebarang kesilapan dan kerugian disebabkan salah tafsir harga tidak akan dilayan selepas tawaran telah dibuka.
- Borang tawaran berserta dokumen-dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup (sealed) dan seterusnya dimasukkan ke dalam Peti Lembaga Tawaran Kecil tidak lewat pada hari Rabu, 09 hb Oktober 2024 jam 2:00 petang di alamat seperti berikut:-
Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam - Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
- Pemborong/Syarikat mestilah menyertakan salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaan Bab 16/ 17/ Business Name Extract yang masih sah dalam bidang berkaitan, Senarai Pemilik Syarikat, Kad Pengenalan pemilik syarikat bagi Warganegara Brunei dan/ atau passport Warganegara Asing, Pengetahuan/ Pengalaman syarikat dan lain-lain keterangan yang berkaitan, EFT keterangan Bank dan Sijil Pematuhan Cukai (Compliance Tax Certificate).
- Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat menerima mana-mana tawaran yang rendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
- Tertakluk kepada tawaran yang diterima, sokongan akan diberikan kepada lebih daripada satu pembekal.
| Attachments |
|
|