Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/29/1.2/11-2024

​PEMBEKALAN DAN PEMASANGAN PENGHAWA DINGIN BARU DI UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT, UNIT PENGURUSAN ESTET DAN BILIK-BILIK PEGAWAI DI BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 9/10/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

​Syarat Syarat Penyertaan:

  1. Pemohon adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat / Pembekal-Pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kelas  TERBUKA  dalam Kategori  TERBUKA  sahaja.
     
  2. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak $5.00 [Lima Ringgit Sahaja] (tidak dikembalikan) dan pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Lehar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi - 11:30 pagi dan 01:30 petang - 3:30 petang (waktu hari bekerja).
     
  3. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Estet, KHEDN dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Lehar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi - 11:30 pagi dan 01:30 petang - 3:30 petang (waktu hari bekerja).
     
  4. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisi dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatanyang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
  5. Borang Sebutharga hendaklah disertakan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombot kad pengenalan atau passport pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. adalah dikehendaki untuk menghadapkan Cetificate of Tax Compliance (COTC)​. 
     
  6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
     
  7. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada:

    PENGERUSI
    JAWATANKUASA SEBUTHARGA

    KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,
    JALAN JAMES PEARCE,
    BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610

    NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
     
  8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan, tidak akan dilayan.​

  9. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.

  10. ​Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang baik.
     
  11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.

  12. ​Bagi penjelasan lebih lanjut bolehlah menghubungi seperti berikut:
    ​Mohammad Shazry Walliudin bin Shamsuddin - 8831896​​
    Mohammad Masuadi bin Rosli - 8814110
Attachments
Version: 1.0
Created at 26/09/2024 4:41 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 26/09/2024 4:41 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //