Sign In
Web Creator

Bilangan Iklan:

KHEDN/LTK/2024-06

​KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN BAGI GERAI-GERAI DI BAWAH KAWALAN JABATAN-JABATAN DAERAH

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 12/11/2024

Maklumat Perhubungan:

Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Syarat-syarat tawaran adalah seperti berikut;

  1. Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat / Pembekal-Pembekal di dalam Kelas __TERBUKA__, Kategori __KA01B01, E01,_KPB04   bagi yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA. 

  2. Pembayaran akan dikenakan sebanyak BND$30.00 (tidak dikembalikan) sebelum mengambil borang-borang tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi - 11:30 pagi dan 01:30 petang - 3:30 petang (waktu hari bekerja).

  3. Tawaran-tawaran mestilah dibuat diatas borang-borang tawaran yang tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Pengurusan Estet Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jalan James Pearce, Negara Brunei Darussalam. 

  4. Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran 16 dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan juga Sijil pendaftaran kontraktor dan Lesen pembina​. Syarikat yang berdaftar Sdn. Bhd. adalah dikehendaki untuk menghadapkan Cetificate of Tax Compliance (COTC)​

  5. Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan memasukkannya ke dalam sampul surat yang bertutup (Sealed Envelope) dengan menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat. 
     
  6. Borang tawaran hendaklah dimasukkan kedalam:

  7. Peti Tawaran Lembaga Tawaran Kecil,
    Aras Bawah,
    ​Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,

    Jalan James Pearce,
    Bandar Seri Begawan, BS8610
    Negara Brunei Darussalam

  1. ​​Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.

  2. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat​.

  3. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisi dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatanyang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran​

  4. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga​.

  5. ​Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang tawaran yang lebih murah atau yang difikirkan tidak munasabah.


Attachments
Version: 5.0
Created at 19/10/2024 3:40 PTG by dzulkhairi.mohamad
Last modified at 2/11/2024 4:26 PTG by dzulkhairi.mohamad
Iklan //